DiscoverSelebriti Podcast: Nabil Ahmad - SYOK Podcast [BM]
Selebriti Podcast: Nabil Ahmad - SYOK Podcast [BM]
Claim Ownership

Selebriti Podcast: Nabil Ahmad - SYOK Podcast [BM]

Author: SYOK Podcast

Subscribed: 1Played: 3
Share

Description

Dari bergelar juara Raja Lawak Musim kedua sehingga menjadi figura terkenal tanah air. Tetapi perjalanan Nabil tidak semudah yang ramai sangkakan. Ada pelbagai cabaran hidup yang perlu dilalui, susah senang yang mungkin ramai tidak tahu. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.

10 Episodes
Reverse
Nabil cuba sedaya upaya untuk sentiasa mendapat ilmu baharu, lagi-lagi dengan kehidupannya yang sekarang ini. Tetapi apa itu ilmu di mata Nabil? Perlukah ada ijazah baru diiktiraf sebagai seorang yang berilmu?
Penyakit iri hati ni memang pernah dilalui oleh Nabil, tapi semakin lama dia belajar bagaimana untuk bersihkan hati daripada perasaan ini.
Bagi Nabil Ahmad, hidup bersederhana menjadi pilihannya. Tapi, tipulah kadang kala teringin perkara-perkara yang berjenama. Tetapi apa pegangan Nabil dalam kehidupan ini?
Bagi Nabil, kawan dan sahabat adalah satu perkara yang amat berbeza. Bagi diri Nabil, sahabat adalah seorang yang amat penting dan perlu ada dalam kehidupan ini. Tapi kenapa? Ini kata-kata jujur dari Nabil Ahmad.
Dengan kemasyhuran yang Nabil miliki dan kehidupan yang dia ada hari ini, Nabil sedar bahawa dia diberi peluang yang paling besar untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Sebalik segala ujian ada kebaikan. Dan sebalik segala kebaikan akan ada rahmatnya. Bagi Nabil, bersedekah itu adalah satu kebaikan yang dia belajar dari ibunya sendiri.
Diuji dengan seribu satu jenis cabaran. Tetapi, Nabil tidak berputus asa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada ketika itu.
Ramai yang kenal Nabil Ahmad sebagai seorang pelawak, pengacara, figura terkenal. Tetapi anugerah yang paling bermakna dalam hidup Nabil adalah keluarganya.
Rejection menguatkan semangat Nabil dalam melalui kehidupan. Kadang kala rejection dari orang yang istimewa adalah satu pengajaran.
Perjalanan awal Nabil menjejak langkah ke dalam industri hiburan satu pengalaman yang luar biasa. Dari uji bakat Raja Lawak hingga menjadi figura terkenal tanah air.
Comments 
loading